Terjemah Sittin Mas'alah PDF

 

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.
Dan selawatnya ke atas Baginda yang mulia penghulu segala manusia Muhammad bin Abdullah dan ke atas ahli keluarganya dan para sahabatnya yang dimuliakan oleh allah subhanahu wa taa'la.
Maka dengan ini hamba yang lemah serta hina ingin menaburkan sedikit jasa, yang mana jasa ini kalau diperkenankan Allah akan menjadi berkat dan bermanfaat bagi umum manusia iaitu menterjemahkan dan menta'ligkan sebuah kitab yang kecil dari ukuran tetapi besar manfaatnya yang berjudul (Sittin Masalah) ,sebuah kitab figh yang mudah untuk para pemula ilmu fiqh supaya dapat menjadi panduan yang mudah bagi mereka.
Jadi untuk memudahkan kitab ini maka saya pecahkan kepada beberapa fasal untuk memudahkah para pelajar kerana asal kitab ini tidak bertajuk, juga saya jelaskan beberapa masail dengan mudah dan saya jadikan ianya ta'lig yang ringkas. Maka hamba yang lemah ini memohon manfaat dan rahmat dari Allah sebelum memulakan tugas kitab ini. Jika terdapat kesalahan dalam penulisan saya, maka perbetulkan dan tegurlah saya. Wa Allahu a'lamu bissowab..

Biodata Penulis Kitab Sittin Masalah
Beliau ialah Al-Fagih Al-Imam Ahmad bin Muhammad bin Sulaiman. Digelar sebagai “Syihab al-Din” dan “Abu Al-Abbas”. Beliau berasal dari Kaherah, Mesir. Beliau dikenali sebagai “Az-Zahid” yakni orang yang zuhud. Beliau merupakan seorang yang bermazhab Syafi'e.
Beliau sangat suka membangunkan serta membaik masjid-masjid lama. Beliau juga telah membina sebuah ma untuk majlis ilmu dan sebagai pusat khidmat masyarakat.
Beliau telah menulis beberapa kitab, baik untuk muridnya ataupun untuk masyarakat 
  1. رسالة النوى
  2. هدية المتعلم وعمدة المعلم
  3. تحفتة المبتدى ولمعة المنتهى
  4. متن الستين مسألة 
Beliau wafat pada tahun 819 Hijriyah, semoga Allah merahmati dan ridho kepadanya. Amiin 

Download Terjemah Kitab Sittin Mas'alah PDF 

Download Syarah Sittin Mas'alah Makna Pesantren PDF 

Download Juga Syarah Sittin Mas'alah Makna Pesantren PDF 

Koleksi Kitab Makna Pesantren, Terjemah Kitab, Kitab Kosongan dan Buku Umum 

Berbagi

Posting Komentar